ASSALAMMUALAIKUM...
Hari ini 11.mac 2013...buat pertama kalinya dalam sejarah kehidupan.... saya menulis didlm blog sendiri...walaupun sudah lama berhasrat menulis didalam blog namun kesibukkan sebagai seorang ibu dan mempunyai dua orang anak remaja dan seorang anak yg baru berusia 7 tahun membataskan segalanya.tapi bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya maka hari ini lahirlah cetusan rasa ibu Ayu...tercetusnya ia adalah sekadar ingin berkongsi pengalaman dalam warna2 kehidupan..
Setiap dari kita tentunya mempunyai pengalaman suka duka ...pahit manis...tawa ria dalam kehidupankan..????.Mustahil bagi kita sebagai HAMBA ALLAH tidak diuji dengan kepayahan...kita sebagai hambaNYA sentiasa diuji tak kiralah apa pun bentuk ujian itu samada suka...duka...bahagia...sengsara...sihat mahu pun sakit.itu semua adalah ujian buat kita...
suka atau tidak ...kita kenalah hadapinya walaupun kadangkala ujian itu amat memeritkan bagi seseorang...Apatah lagi kalau kita diuji dengan kesihatan yg merundum.....berusahalah mencari penawarnya..
No comments:
Post a Comment