Saturday, April 27, 2013

VITA -LEA ( IRON FORMULA)

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai  #Vitalize-Mineral# dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min" dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi~spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea  Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for -science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Manfaat Utama;

# Penambahan tenaga segera~pemberi tenaga , kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian,

# Pelengkap Nutrisi~Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang , terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

# Keupayaan Sistem Produktif~Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

# Metabolisma~Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

# Elemen Penting Pada Sel Tubuh~Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.

# Melindungi Organ~Melindungi organ fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

FAKTA NUTRISI DI DALAM VITA-LEA

VITAMIN A
Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser,cegah rabun malam, bantu tumbesaran , kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi,sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

VITAMIN D
Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan proriasis

VITAMIN E
Anti-oksida, kepejalan kulit , kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung ,katarak , atritis, baik untik sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

VITAMIN C
Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen ,meningkatkan daya tahanan penyakit, percepatkan sembuh luka, mencegah selsema,gusi berdarah ,darah beku,hidung berdarah.

ASID FOLIC
Kesihatan fetus , merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks,anemia, osteoporosis, tekanan , ulser mulut, kesihatan kulit.

VITAMIN B1
Menukarkan makanan kepada tenaga , perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah , bantu tumbesaran , masalah keresahan , mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

VITAMIN B2
Tukarkan makanan kepada tenaga , anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan

VITAMIN B3
Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan , cirit- birit,, ulser , nafas berbau ,baik untuk perut dan usus.

VITAMIN B6
Metabolisma protin, baiki otot, senggugut , penenang, tenaga,elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis,dermatitis, kekejangan, kebas,anemia.

VITAMIN B12
Membantu tumbesaran fetus kanak-kanak, membantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecergasan otak, kekuatan fizikal,memori,fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan,diabetis,rabun

BIOTIN
Bantu B-Complex berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot.ekzema dan keradangan kulit.

VITAMIN B5
Meredakan tekanan ,kesan penenang , melawan alahan, sembelit , keletihan atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan , menyembuhkan luka dengan cepat.

KALSIUM
Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas ,kejang , rasa sakit,insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/penyakit tulang lembut

FOSFORUS
Meningkatkan kepadatan tulang ,diabetis,batu karang, mencegah pereputan tulang ,membantu pembesaran , meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

IODIN
Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

ZAT BESI
Membentuk hemaglobin, meredakan kesakitan PMS(senggugut), membantu pembesaran melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

MAGNESIUM
Kesihatan tulang , gigi, merehatkan otot dan sistem saraf , sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan,diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.

COPPER
Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakkan

ZINK
Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

 SEBARANG PERTANYAAN SILA PM/SMS/CALL H/P ~017-6590446





     VITA-LEA PERTAMA PADA 1915












,     

Saturday, April 20, 2013

SEMALAM DALAM KENANGAN

Pantas sungguh masa berlalu...Tanpa disedari  kamu telah menjadi isteri dalam sekelip mata ....rasanya baru semalam melihat kamu bermain2 bersama saudara kamu yang lain di halaman rumah...berkejar-kejaran, berlari-lari dan kadang kala menangis bila ada sesuatu yang menyakiti mu....aduhai  alangkah indah waktu itu kan??? .Tapi kini semuanya hanya tinggal kenangan dan apa yang pasti kamu telah di miliki oleh seseorang yang di panggil suami....Saat ini dan ketika ini kamu mestilah memikul tanggungjawab 
dengan sebaik yang mungkin  sebagai seorang isteri agar mahligai kamu berdua sentiasa dalam kesejahteraan dan kebahagian .

Segala onak dan duri adalah rencah di dalam sesebuah perkahwinan....atasilah ia dengan bijaksana agar tiada perbalahan dan persengketaan diantara kamu berdua kelak....minta lah pandangan dan nasihat dari orang yang lebih berpengalaman dari kamu terutama ibuayah sekiranya ada perkara yang kamu tidak pasti akan kebenarannya.....kepada ibu2 saudara kamu pun  boleh sekiranya kami dijadikan tempat  rujukan asalkan bkn yang berkaitan hal peribadi (oh....no...no) ^_^

Bersyukurlah.... kerana kamu di pilih oleh Allah Yang Maha Esa menjadi seorang isteri kerana setiap apa kebaikan yang kamu lakukan  dengan ikhlas kerana suami kamu..... In Sha Allah ganjaran pahala untuk kamu.....baiki diri dan  hiasi peribadi....baru lah boleh menjadi isteri MITHALI.....MUDAH-MUDAHAN AMIN..




                                                       DI HARI PERNIKAHAN

                                       
                                 
                                        SUMBANGAN DARIPADA KAMI SEKELUARGA
       
                                               
  







COLLAGEN POWDER

PERBEZAAN COLLAGEN POWDER 

Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000 mg kolagen RSS(SISIK IKAN MERAH) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diektrak dari sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam molekular , sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh ramuan utama ekstrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus, acidophilus, vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam dan luar.

MANFAAT UTAMA;

<> Semakin kita menua , tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen didalam tubuh kita. Kerosakkan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas diudara , air, merokok dan lain-lain. Justeru itu  Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.

<> Tampak Lebih Muda
      
      # Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
      # Kuku akan menjadi lebih kuat , bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna 
         yang sihat.
      # Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik, kulit juga akan sembuh dengan cepat dan 
         ini akan membantu mengurangkan parut
      # Membantu menghilangkan tanda penuaan.

<> Rasa Lebih Muda
     
     # Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium.Kolagen membantu
        menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan menjadi rapuh.
     # Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi
     # Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya 
        anjal.
     # Memastikan otak sentiasa sihat. Sel gyla membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh 
        kolagen . Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda
        anda tetap berkeadaan baik semakin anda menua.

FUNGSI RAMUAN UTAMA

KOLAGEN DARI SISIK IKAN MERAH

# Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.

EKSTRAK BIJI CAMELLIA JAPONICA

# Biji Camellia japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

EKSTRAK PRAFFIA

# Praffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camila japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat jumlah air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu kuit untuk menjadikan kulit lembut, lembab dan licin.

ELASTIN DARI KOLAGEN IKAN

# Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit di tarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

VITAMIN C DANN VITAMIN B

# Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
   Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen didalam sel.

EKSTRAK KEKERANG

#Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

LACTOBACILLUS ACIDOPHILUS

# Membantu mengimbangkan mikroflora usus dan membantu membina semula  usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.









     
    








Saturday, April 6, 2013

7 Sebab Badan Perlukan Suplemen

SEBAB-SEBABNYA ADALAH KERANA...

@ Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan . Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

@ Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

@ Zat yang mudah hilang semasa  proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

@ Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik  boleh menggangu penyerapan zat makanan.Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

@ Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan .

@ Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

@ Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.











Meal Shake Shaklee

KENALI MEAL SHAKE...

Meal Shake menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ianya diperbuat daripada bahan semulajadi------buah-buahan , sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh  dari peringkat bayi hingga orang dewasa . Kebiasaannya , ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.
Meal Shake Shaklee dihasilkan untuk semua golongan -------bayi , pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shake merupakan pilihan yang tepat.

MANFAAT UTAMA;

* Nutrisi Lengkap-----Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak

* Membekal Nutrisi kepada sel Tubuh-----Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

* Membantu tumbesaran ------Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

* Anti oksida-------Mengandungi vitamin A, C, E, Zinc, Selenium merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuan.

* Mengembalikan seri wajah------Mengandungi vitamin B yang lengkap, zar besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

* Detoksifikasi----- Kaya dengan serat larut  membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

* Kelazatan Rasanya------Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

#NOTA...........HANYA 120 KALORI UNTUK SETIAP HIDANGAN.

SEBARANG INFO DAN PESANAN MENGENAI MEAL SHAKE HUBUNGI

RAM AZMIE
017-6590446
ID~867553