Pantas sungguh masa berlalu...Tanpa disedari kamu telah menjadi isteri dalam sekelip mata ....rasanya baru semalam melihat kamu bermain2 bersama saudara kamu yang lain di halaman rumah...berkejar-kejaran, berlari-lari dan kadang kala menangis bila ada sesuatu yang menyakiti mu....aduhai alangkah indah waktu itu kan??? .Tapi kini semuanya hanya tinggal kenangan dan apa yang pasti kamu telah di miliki oleh seseorang yang di panggil suami....Saat ini dan ketika ini kamu mestilah memikul tanggungjawab
dengan sebaik yang mungkin sebagai seorang isteri agar mahligai kamu berdua sentiasa dalam kesejahteraan dan kebahagian .
Segala onak dan duri adalah rencah di dalam sesebuah perkahwinan....atasilah ia dengan bijaksana agar tiada perbalahan dan persengketaan diantara kamu berdua kelak....minta lah pandangan dan nasihat dari orang yang lebih berpengalaman dari kamu terutama ibuayah sekiranya ada perkara yang kamu tidak pasti akan kebenarannya.....kepada ibu2 saudara kamu pun boleh sekiranya kami dijadikan tempat rujukan asalkan bkn yang berkaitan hal peribadi (oh....no...no) ^_^
Bersyukurlah.... kerana kamu di pilih oleh Allah Yang Maha Esa menjadi seorang isteri kerana setiap apa kebaikan yang kamu lakukan dengan ikhlas kerana suami kamu..... In Sha Allah ganjaran pahala untuk kamu.....baiki diri dan hiasi peribadi....baru lah boleh menjadi isteri MITHALI.....MUDAH-MUDAHAN AMIN..
DI HARI PERNIKAHAN
SUMBANGAN DARIPADA KAMI SEKELUARGA


No comments:
Post a Comment